Khamis, 24 September 2015

LIMA JENIS DIET YANG BERBAHAYA BAGI KESIHATAN


Hati-hati dalam melakukan diet. Pola diet yang keliru tak hanya membuat anda sulit mempertahankan penurunan berat badan jangka panjang. Tetapi juga berisiko menimbulkan gangguan kesihatan. Ketahuilah mana yang salah, dan betul dalam menentukan pilihan pola penurunan berat badan.

 1. Diet Selektif 

 Ini adalah jenis diet yang hanya memberikan lampu hijau kepada jenis makanan yang terbatas, serta sama sekali melarang satu kelompok makanan tertentu, biasanya jenis makanan berlemak dan bercita rasa manis. “Hati-hati terhadap jenis diet seperti ini. Sebenarnya kita membutuhkan banyak jenis zat gizi yang biasa diperoleh dengan cara memakan jenis makanan yang bervariasi,” ujar pakar nutrisi sekaligus juru bicara ADA (American Diet Association), Andrea Giancoli, MPH, RD. Kata David Katz, MD, penulis buku The Flavor Point Diet serta staf pengajar di Fakultas Kedokteran Harvard University, jenis diet ini tidak bisa dilakukan dalam jangka panjang. “Memang benar berat badan anda biasa susut dengan hanya makan sup kubis. Tetapi, berapa lama anda tahan hanya makan satu jenis makanan saja setiap hari? Cepat atau lambat, Anda akan bosan dan kembali mencari makanan kegemaran anda. Akibatnya, berat badan anda akan kembali melambung,” ujar Katz. 

2. Diet Detoks

 Banyak pakar menyarankan untuk berwaspada dengan jenis diet detoks macam Master Cleanse Diet dan The Martha Vineyard Diet Detox. “Pokoknya, segala jenis diet dengan cara membersihkan organ dalam tubuh” ujar Pamela Peeke, MD, ketua koresponden di bidang media untuk Discovery Health Channel. Menurut Peeke, segala upaya membersihkan kotoran dari dalam tubuh ini sebenarnya tidak kita perlukan dan kurang dapat dipertanggungjawabkan secara klinis. Tubuh sebenarnya telah dilengkapi dengan “perangkat pembersih” yang berperanan menyingkirkan racun. Jadi, anda tak perlu lagi melakukan usaha pembersihan ekstra. Kalaupun diet ini mendatangkan hasil pada awalnya, biasa jadi kerana anda mengurangkan porsi makanan berkalori tinggi dan menggantikannya dengan sayur serta buah-buahan. 

 3. Diet “Ramuan Ajaib” 

 Ini adalah jenis diet yang menyatakan bahawa dengan makan satu jenis makanan tertentu, yang berupa suplemen, teh hijau, atau cuka epal, Anda biasa mengurangkan berat badan secara drastik. Sejauh ini, tidak ada satu ramuan ajaib pun di dunia ini yang mampu memberikan hasil seperti yang diimpikan banyak orang tersebut. “Hadapi sajalah, supaya biasa langsing, Anda mesti mengeluarkan keringat dengan berolahraga dan menahan diri untuk tidak makan berlebihan,” ujar Dr. Peeke. Maka, ia menganjurkan anda untuk berhati-hati sebelum tergiur mengikuti pola diet yang berpromosi bahawa jenis makanan atau ubat tertentu mampu menyulap tubuh gempal menjadi langsing. 

 4. Puasa Berdalih Diet

 Menurut Skinny Vegan Diet, Hollywood Diet, dan Master Cleanse, contoh pola diet yang berpantang makan yang mengandungi kalori. Sebenarnya, berpuasa adalah tradisi spiritual dan budaya yang sudah dijalankan selama berabad-abad. Puasa hanya sahaja dengan tujuan menurunkan berat badan yang biasa mengakibatkan kontraproduktif. Ketika makan sedikit kalori, tubuh akan berfikir bahawa anda sedang lapar, sehingga menyesuaikan metabolisamnya. Sayangnya, pada saat anda kembali makan secara normal, metabolisme tubuh tidak akan menyesuaikan diri lagi. Ditambah lagi berat badan yang turun ketika puasa adalah kombinasi dari lemak, cairan, dan otot. Tetapi, ketika berat badan naik lagi, itu biasanya disebabkan bertambahnya jumlah lemak. 

 5. Diet yang Menyalahi Aturan Kesihatan 

 Contoh diet ini di antaranya haruskan anda minum air putih selama beberapa hari berturut-turut. Anda harus minum banyak air putih dengan alasan supaya tubuh tidak bengkak. Begitu pula dengan jenis diet yang hanya membolehkan anda minum jeruk nipis untuk meluruhkan lemak. Jika sejak awal sudah menemukan kejanggalan dalam aturan mainnya, Dr Katz menyarankan anda untuk segera berpaling dan mencari pola diet lain yang lebih masuk akal.


3 ulasan: