Khamis, 24 September 2015

CERITA TELADAN


Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yg sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben dan ketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.

Kadang-kadang di bawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.

Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya.

Apa yang dimahukan si Raja itu. Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan.

Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?" Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.

Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yang dijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"

Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal, tolong hantar ayah ke pulau seberang. Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.

Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya. Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.

Terkial-kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.

PENGERTIAN NILAI MURNI


Nilai diertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk melihat, mengukur atau membuat pilihan terhadap sesuatu perkara, darjat, mutu, kualiti dan taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.

Budi bahasa
Lazimnya merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan  yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia. Tegasnya setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain termasuk mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, malu, sabar, sopan dan lain-lain.

Kesopanan dan kesusilaan
Kedua konsep ini terangkum dalam prinsip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Prinsip ini menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain.  Tingkah laku kesopanan juga  mengandungi darjah kesusilaan yang tinggi dalam keperibadian dan kehidupan bermasyarakat.

Sifat dan amalan Nilai-nilai murni
Nilai-nilai  murni yang diterima oleh masyarakat Malaysia  adalah nilai-nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.  Antara sifat- nilai-nilai murni yang menyeluruh adalah seperti berikut:

Amanah
" Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
" Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas.
" Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang, peralatan serta tenaga kerja.

TanggungJawab
" Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan.
" Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur.
" Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila  sahaja diperlukan;
" Bersedia untuk menjaga maruah agama, bangsa dan negara.
" Tidak mengkhianati kepentingan organisasi/institusi/ awam dalam menjalankan tugas.

Ikhlas
" Berhati mulia dengan melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan.
" Niat dalam melaksanakan tugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaanNya.
" Mengikis sebarang unsur "kepentingan diri" dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

Benar
" Jujur dalam melaksanakan tanggung jawab.
" Bercakap benar dan menepati janji.
" Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan.
" Bertindak berasaskan profesionalisme.
" Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas.
" Sanggup terima teguran dan nasihat.

Sederhana
" Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkah laku;
" Menjamin perseimbangan diri dan tugasan.

Tekun
" Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan tugas dan kehidupan.
" Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki taraf hidup.
" Berusaha gigih menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang.

Bersih
" Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan kehidupan seharian.
" Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup.
" Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas.
" Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.
" Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin
" Menepati masa dan janji.
" Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang.
" Mempunyai etika kerja dan profesionalisme  yang tinggi.

Bekerjasama
" Mengamalkan sikap tolong-menolong dalam melaksanakan tugas.
" Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebahagian daripada usaha mempertingkat semangat kerjasama.
" Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama.
" Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan peribadi.
" Mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

Berperibadi mulia
" Bertimbang rasa dan bertolak ansur.
" Menghormati sesama insan.
" Sentiasa memulakan 'pertanyaan" dengan tujuan untuk menolong.

Bersyukur
" Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk sebagai seorang anggota masyarakat.
" Bersikap positif dan ingin berusaha lebih gigih.
" Menghayati budaya kerja bersopan  dan tidak bertentangan dengan kehendak agama.
" Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat;
" Tidak membazirkan  perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;
" Berkhidmat sebagai  ibadah.
" Memberi sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama.

Bermuafakat
" Bermuafakat membawa berkat; slogan yang harus dipegang oleh rakyat Malaysia.
" Dengan muafakat sesama manusia akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin.

Bertoleransi
" Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.

Bertimbang rasa
" Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.

Bersatu padu
" Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat.

Beretika
" Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya  mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi.

Tidak mementingkan diri sendiri
" Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nila-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.
Tidak ada perasaan ncuriga dan prasangka
" Perasaan curiga dan syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni.

Dengan adanya budaya dan elemen di atas dalam kehidupan bermasyarakat maka perpaduan akan terus teguh dan negara akan terus aman.

NILAI KEHIDUPAN SEORANG MANUSIA


Alkisah, seorang pria tua yang malam tinggal di dalam hutan. Untuk memenuhi kebutuhan hidupnya, ia membuat arang dari potongan-potongan kayu dan menjualnya.

Suatu kali, sebagai hadiah karena telah menyelamatkan seorang raja yang telah tersesat di hutan, pria tua itu diberikan hadiah bibit-bibit pohon yang paling wangi yaitu pohon cendana. Pohon ini termasuk langka dan sering dibuat parfum dengan kualitas yang mahal. Dalam keadaan aslinya dan tanpa usaha apapun, pohon itu tetap berharga, sayangnya pria tua itu tetap memproduksi dan menjual arang kayu

Tentu saja, pria tua miskin itu sangat senang atas hadiah itu, tanpa menyadari keberuntungan besar yang seharusnya diperolehnya. Namun, dalam rangka untuk mencari nafkah, ia terpaksa membuat arang dari pohon cendana dan menjualnya di pasar dengan harga murah.

Beberapa tahun kemudian raja kebetulan lewat lagi di hutan itu, namun melihat hutan yang paling berharga itu telah menjadi abu, apalagi ketika mengetahui bahwa pria tua itu masih dalam kondisi yang miskin sama seperti sebelumnya. Ketika raja bertanya apa yang telah terjadi, pria tua itu menjawab bahwa ia memenuhi kebutuhan hidupnya dengan membuat arang dari pohon-pohon di hutan. Raja kemudian bertanya apakah pria tua itu masih mempunyai sisa cendana. Pria itu menjawab bahwa ia hanya memiliki sepotong kecil, sekitar satu atau dua meter saja.

Akhirnya Raja menyuruh ke tempat yang sama saat ia menjual arang dan menjual sepotong kayu cendana tersebut tanpa mengubahnya menjadi arang. Ada beberapa orang kaya di tempat pria tua itu menjual arang dan melihat kayu cendana itu sebagai kayu dengan kualitas yang sangat baik dan dengan aroma yang langka. Menyadari nilai kayu itu, orang-orang kaya itu ingin sekali membelinya. Hasilnya, pria tua itu mendapatkan ratusan ribu hanya dari bagian kecil saja kayu cendana itu.

Pria itu kembali kepada raja dengan uang banyak di tangannya. Raja pun berkata, “Anda belum menghargai nilai kayu ini. Anda bisa mendapatkan bahkan hingga jutaan dolar hanya dari remahan kayu yang Anda jual sebagai arang dan tidak perlu melalui proses seperti pembuatan arang yang Anda kerjakan.”
Menyadari kesalahannya, pria tua itu meminta Raja memberikan hadiah lain seperti itu, dan ia berharap dapat menggunakannya dengan tepat. Raja pun menjawab bahwa hadiah tersebut hanya diberikan sekali dalam seumur hidup.

Dengan cara yang sama, nilai sebenarnya dari tubuh manusia direalisasikan pada saat kematian, ketika manusia menyesali bahwa ia telah menyia-nyiakan harta yang paling berharga.


TINGKATAN NORMA SOSIAL



Berdasarkan tingkatannya, norma di dalam masyarakat dibedakan menjadi empat:

1. Cara (usage).

Cara adalah suatu bentuk perbuatan tertentu yang dilakukan individu dalam suatu masyarakat tetapi tidak secara terus-menerus. Contoh: cara makan yang wajar dan baik apabila tidak mengeluarkan suara seperti hewan.

2. Kebiasaan (Folkways)

Kebiasaan merupakan suatu bentuk perbuatan berulang-ulang dengan bentuk yang sama yang dilakukan secara sadar dan mempunyai tujuan-tujuan jelas dan dianggap baik dan benar. Contoh: Memberi hadiah kepada orang-orang yang berprestasi dalam suatu kegiatan atau kedudukan, memakai baju yang bagus pada waktu pesta.

3. Tata kelakuan (Mores)

Tata kelakuan adalah sekumpulan perbuatan yang mencerminkan sifat-sifat hidup dari sekelompok manusia yang dilakukan secara sedar guna melaksanakan pengawasan oleh sekelompok masyarakat terhadap anggota-anggotanya. Dalam tata kelakuan terdapat unsur memaksa atau melarang suatu perbuatan. Fungsi mores adalah sebagai alat agar para anggota masyarakat menyesuaikan perbuatan-perbuatannya dengan tata kelakuan tersebut. Contoh: Melarang pembunuhan, pemerkosaan, atau menikahi saudara kandung.

4. Adat istiadat (Custom)

Adat istiadat adalah kumpulan tata kelakuan yang paling tinggi kedudukannya kerana bersifat kekal dan terintegrasi sangat kuat terhadap masyarakat yang memilikinya. Adat istiadat adalah kebudayaan abstrak atau sistem nilai. Pelanggaran terhadap adat istiadat akan menerima sanksi yang keras baik langsung maupun tidak langsung. Misalnya orang yang melanggar hukum adat akan dibuang dan diasingkan ke daerah lain.

Macam Norma Sosial

Norma sosial di masyarakat dibedakan menurut aspek-aspek tertentu tetapi saling berhubungan antara satu aspek dengan aspek yang lainnya. Pembahagian itu adalah sebagai berikut :

1. Norma agama

Norma agama adalah peraturan sosial yang sifatnya mutlak sebagaimana penafsirannya dan tidak dapat ditawar-tawar atau diubah ukurannya karena berasal dari Tuhan. Biasanya norma agama tersebut berasal dari ajaran agama dan kepercayaan-kepercayaan lainnya (religi). Pelanggaran terhadap norma ini dinamakan dosa. Contoh: Melakukan sembahyang kepada Tuhan, tidak berbohong, tidak boleh mencuri, dan lain sebagainya.

2. Norma kesusilaan

Norma kesusilaan adalah peraturan sosial yang berasal dari hati nurani yang menghasilkan akhlak, sehingga seseorang dapat membedakan apa yang dianggap baik dan apa pula yang dianggap buruk. Pelanggaran terhadap norma ini berakibat sanksi pengucilan secara fisik (dipenjara, diusir) ataupun batin (dijauhi). Contoh: melecehkan wanita atau laki-laki didepan orang.

 3. Norma kesopanan

Norma kesopanan adalah peraturan sosial yang mengarah pada hal-hal yang berkenaan dengan bagaimana seseorang harus bertingkah laku yang wajar dalam kehidupan bermasyarakat. Pelanggaran terhadap norma ini akan mendapatkan celaan, kritik, dan lain-lain tergantung pada tingkat pelanggaran. Contoh: Tidak meludah di sembarangan tempat, memberi atau menerima sesuatu dengan tangan kanan, kencing di sembarang tempat.

 4. Norma kebiasaan

Norma kebiasaan adalah sekumpulan peraturan sosial yang berisi petunjuk atau peraturan yang dibuat secara sadar atau tidak tentang perilaku yang diulang-ulang sehingga perilaku tersebut menjadi kebiasaan individu. Pelanggaran terhadap norma ini berakibat celaan, kritik, sampai pengucilan secara batin. Contoh: Membawa oleh-oleh apabila pulang dari suatu tempat, bersalaman ketika bertemu.

5. Kod etika

Kod etika adalah tata etika yang disepakati oleh suatu kelompok masyarakat tertentu. Contoh: kod etika jurnalistik, kod etika perwira, kod etika kedokteran. Kod etika umumnya termasuk dalam norma sosial, namun bila ada kod etik yang memiliki sangsi yang agak berat, maka masuk dalam kategori norma hukum.

Norma agama dan norma kesusilaan berlaku secara luas di setiap kelompok masyarakat bagaimanapun tingkat peradabannya. Sedangkan norma kesopanan dan norma kebiasaan biasanya hanya dipelihara atau dijaga oleh sekelompok kecil individu saja, sedangkan kelompok masyarakat lainnya akan mempunyai norma kesopanan dan kebiasaan yang tersendiri pula.

NORMA SOSIAL



Dikatakan bahwa nilai berperanan sebagai pedoman yang menentukan kehidupan setiap manusia. Nilai manusia berada dalam hati nurani, kata hati dan fikiran sebagai suatu keyakinan dan kepercayaan yang bersumber kepada berbagai sistem nilai. Nilai bersumber pada budi yang berfungsi mendorong dan mengarahkan (motivator) sikap dan perilaku manusia. Wujud nyata dari hubungan antara nilai dan moral mencerminkan pada norma sosial.

Norma sosial adalah kebiasaan umum yang menjadi protokol perilaku dalam suatu kelompok masyarakat dan batasan wilayah tertentu. Norma akan berkembang seiring dengan kesepakatan-kesepakatan sosial masyarakatnya, sering juga disebut dengan peraturan sosial. Norma menyangkut perilaku-perilaku yang pantas dilakukan dalam menjalani interaksi sosialnya. Keberadaan norma dalam masyarakat bersifat memaksa individu atau suatu kelompok agar bertindak sesuai dengan aturan sosial yang telah terbentuk. Pada dasarnya, norma disusun agar hubungan di antara manusia dalam masyarakat dapat berlangsung tertib sebagaimana yang diharapkan.

Norma tidak boleh dilanggar. Siapa pun yang melanggar norma atau tidak bertingkah laku sesuai dengan ketentuan yang tercantum dalam norma itu, akan memperoleh hukuman. Misalnya, bagi siswa yang terlambat dihukum tidak boleh masuk kelas, bagi siswa yang mencontek pada saat ulangan tidak boleh meneruskan ulangan.

Norma merupakan hasil buatan manusia sebagai makhluk sosial. Pada awalnya, aturan ini dibentuk secara tidak sengaja. Lama-kelamaan norma-norma itu disusun atau dibentuk secara sadar. Norma dalam masyarakat berisis tata tertib, aturan, dan petunjuk standard perilaku yang pantas atau wajar.

NILAI-NILAI KEHIDUPAN


Manusia tidak dapat hidup sendiri kerana itu memahami nilai-nilai kelompok, masyarakat, negara dan peribadi sendiri sangatlah penting. Nilai-nilai atau peraturan dalam kelompok/masyarakat berlaku dan disepakati bersama sejak manusia hidup, sehingga kita sering mendengar kata “Baik – Tidak baik”, Boleh – Tidak boleh”, Sopan – Tidak sopan”, “Penting – Tidak penting”, “ Tahu aturan – Tidak tahu aturan” dan lain-lainnya.
Jadi, pengertian nilai kehidupan adalah nilai-nilai yang sangat mempengaruhi tindakan seseorang.


Contoh-contoh nilai kehidupan yang ada di masyarakat adalah :

1.     Nilai kekuasaan, seperti persepsi (pandangan) atas keinginan untuk menundukkan atau mempengaruhi orang lain.
2.    Nilai Cinta atau kasih sayang, seperti ikatan batin, saling menghargai, saling setia, saling menghormati, saling tolong, memikirkan kepentingan dan kebaikan orang lain.
3.    Nilai keindahan, seperti kemampuan untuk menghargai dan menikmati hal-hal yang indah, serasi dan bagus.
4.    Nilai keadaan fisik, seperti persepsi atas keadaan tubuh yang dianggap ideal atau serasi.
5.    Nilai kesehatan, seperti keinginan memiliki keadaan tubuh yang jauh dari sakit.
6.    Nilai keterampilan, seperti keinginan memiliki kemampuan untuk melakukan berbagai hal denan cepat.
7.    Nilai rasa sejahtera dan aman, seperti memiliki keinginan untuk bebas dari tekanan, kecemasan dan konflik-konflik batin.
8.    Nilai pengetahuan, seperti tuntutan diri atas informasi, hal-hal yang dapat memuaskan rasa ingin tahu atau kemampuan memiliki kemampuan untuk mengetahui sesuatu yang diinginkan.
9.    Nilai moral, seperti keinginan memiliki pemikiran, keyakinan dan tindakan yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.
10.  Nilai keagamaan/kepercayaan
11.   Nilai keadilan, seperti keinginan memiliki sikap adil, tidak memihak atau membeda-bedakan manusia serta mampu memperlakukan orang lain secara adil.
12.  Nilai altruisme, yaitu memiliki kemauan dan kemampuan untuk memperhatikan kebutuhan, kepentingan dan kebahagiaan orang lain.
13.  Nilai pengakuan/penghargaan, seperti keinginan mengakui bahwa dirinya adalah penting dan layak dihargai oleh orang lain.
14.  Nilai kesenangan, seperti keinginan merasakan kegembiraan.
15.  Nilai kebijaksanaan, seperti memiliki kemauan dan pengetahuan dalam mengambil keputusan yang tepat.
16.  Nilai kejujuran, seperti memiliki keluhuran hati, ketulusan hati, kesungguhan hati dan keterusterangan.
17.  Nilai prestasi, seperti penghargaan atas hasil yang baik dari usaha yang keras.
18.  Nilai kemandirian, seperti kemampuan untuk berdiri sendiri dan tidak dikuasai oleh orang lain.
19.  Nilai kekayaan, seperti keinginan memiliki harta atau uang banyak.
20. Nialai kesetiaan, seperti keinginan memiliki keteguhan hati dalam persahabatan.
21.  Nilai tanggung jawab.
22.  Nilai kedewasaan
23.  Nilai kedisiplinan.
24.  Nilai kerendahan hati.
25.  Nilai keberanian.
26.  Nilai toleransi.
27.  Nilai kebhinekaan.
28.  Nilai cinta tanah air dan bangsa.
29.  Nilai keteladanan.
30. Nilai kedermawanan.

ETIKA KEILMUAN


                     Etika keilmuan merupakan etika normatif yang merumuskan prinsip-prinsip etis yang dapat dipertanggung jawabkan secara rasional dan dapat diterapkan dalam ilmu pengetahuan. Tujuan etika keilmuan adalah agar seorang ilmuwan dapat menerapkan prinsip-prinsip moral, antara yang baik dan menghindari yang buruk dari perilaku keilmuannnya, sehingga ia dapat menjadi ilmuwan yang mampu mempertanggung jawabkan perilaku ilmiahnya.

            Etika normatif menetapkan kaedah-kaedah yang mendasari pemberian penilaian terhadap perbuatan-perbuatan apa yang seharusnya dikerjakan dan apa yang seharusnya terjadi serta menetapkan apa yang bertentangan dengan yang seharusnya terjadi. Pokok persoalan dalam etika keilmuan selalu mengacu kepada elemen-elemen kaedah moral, iaitu hati nurani kebebasan dan tanggungjawab, nilai dan norma yang bersifat utilitaristik (kegunaan). Hati nurani di sini adalah penghayatan tentang baik dan buruk yang dihubungkan dengan perilaku manusia.

              Nilai dan norma yang harus berada pada etika keilmuan adalah nilai dan norma moral. Kriteria yang dipakai adalah bahawa nilai moral tidak berdiri sendiri, tetapi ketika ia berada pada atau menjadi milik seseorang. Ia akan bergabung pada nilai yang telah ada, seperti nilai agama, hukum, budaya dan sebagainya. Yang paling utama dalam nilai moral adalah yang berkaitan dengan tanggungjawab seseorang. Norma moral menentukan apakah seseorang berlaku baik atau sebaliknya dari sudut etis, begitu pula hal ini berlaku bagi seorang ilmuwan.

                   Penerapan ilmu pengetahuan yang telah dihasilkan oleh para ilmuwan, baik berupa teknologi mahupun teori-teori emansipasi masyarakat dan sebagainya itu, haruslah memperhatikan nilai-nilai kemanusiaan, nilai agama, nilai adat, dan sebagainya. Ini ertinya ilmu pengetahuan tersebut sudah tidak lagi bebas nilai, kerana sudah berada di tengah-tengah masyarakat luas yang menilai dan mengujinya.